Friday, November 27, 2009

jawapan hans

sebab chin peng patut diterima:

PKM pernah menuntut kemerdekaatan sekitar 1948. pemimpin2 perjuangan kemerdekaan timetu seperti Rashid Maidin, Abdullah CD, Shamsiah Fakeh dan Chin Peng patut diberi penghargaan, dan fakta sejarah dan sukatan pelajaran sejarah di sekolah kita sepatutnya menerapkan sifat perjuangan mereka.

Akan tetapi untuk sekian lama, pihak berkuasa telah berjaya menggambarkan puak komunis sebagai kelompok yang jahatnya tidak berpada.

time Darurat, British dan kerjasama golongan Melayu elit telah melancarkan perang saraf iaitu propaganda melalui media massa untuk mempengaruhi fikiran orang Melayu yang kolot tanpa sekolah tinggu..supaya mereka yakin bahawa PKM itu kejam dan tidak sesuai diikuti.

Pengalaman orang Melayu selepas Perang Dunia II dan taktik komunis yang membunuh beratus-ratus rakyat yang tidak berdosa menyebabkan kebanyakannya tak terima cara ganas komunis. Prinsip komunisme yang ditulis oleh Karl Marx tidak mempercayai tuhan juga bercanggah dengan nilai-nilai hidup orang Melayu. Tetapi pada hakikatnya, PKM tidak mengamalkan atheisme.

Apa yang berlaku di Tanah Melayu pada waktu itu ialah mereka mengamal gak prinsip keagamaan seperti mana yang kita dapat lihat dalam tokoh2 PKM seperti Rashid Maidin, Abdullah CD dan Suraini Abdullah. Mereka tetap mendirikan solat walaupun di dalam hutan sedang berjuang.

diorang juga telah menunaikan ibadah haji. ya betul! memang Rashid Maidin seorang yang warak dan berilmu agama yang tinggi, malah dia juga mengajar cucu dia dan budak-budak kampung baca Quran dan Tajwid. gua nak kupas isu chin peng masa kini pula.

Salah satu parti komponen BN, Gerakan, yang kononnya liberal mahu Chin Peng dibenarkan pulang. Usul ini diutarakan oleh salah seorang pemimpin kanannya di Pulau Pinang, Teng Hock Nan.

Jelas sekali tindakan die sangat tidak kena pada tempatnya. Nampaknya Teng sengaja cuba mencabar kewibawaan Koh Tsu Koon, pengerusi kebangsaan parti Gerakan yang kebetulan Menteri kabinet yang dipertanggungjawabkan utk menjaga soal perpaduan dan hubungan etnik negara ni.

Sapa lagi yang merayu kepada gomen supaya membenarkan Chin Peng pulang? pengerusi badan Citizens International, SM Mohamed Idris telah mengemukakan alasan-alasan ini:

Melalui perjuangannye menentang imperialisme, penjajahan dan penindasan, Chin Peng telah membawa kehormatan dan maruah kepada negara dan rakyat kite. Dah menjadi fakta sejarah yang sahih bahawa perjuangan yang dibawa oleh gerakan pembebasan pimpinan Chin Peng, Rashid Mydin, Abdullah CD, Shamsiah Fakeh dan lain-lain telah menyumbang ke arah kemerdekaan Malaya. Lu orang kene kaji sejarah.bukan belajar sejarah saja!

Sumbangan gerakan ini diiktiraf sendiri oleh mantan P.M Tunku Abdul Rahman, bekas T.P.M Tun Dr Ismail Abdul Rahman dan Ghafar Baba.

Perjanjian PKM dengan gomen Malaysia pada 1989 membenarkan bekas pemimpin gerakan gerila itu pulang ke malaysia dan menetap disini. kerajaan digesa menghormati butiran perjanjian tersebut.

ade beberape orang pemimpin PKM dulu..Abdullah CD, Shamsiah Fakeh dan Musa Ahmad telah dibenarkan oleh gomen untuk kembali, malah menetap di Malaysia.

Sungguhpun Menteri Pertahanan Ahmad Zahid Hamidi mendokong Rais dengan menambah hujah bahawa sekiranya Chin Peng kembali, ia merupakan penghinaan terhadap keluarga hampir 50K anggota pasukan bersenjata penjajah British dan kerajaan Malaysia yang mampus semasa era Darurat di Malaya.

Adakah Zahid pernah terbaca bahawa ahli sejarah menganggarkan jumlah itu kurang daripada 2,000 bagi anggota pasukan bersenjata British dan kerajaan yang gugur dalam perang, manakala kematian pasukan PKM pula mencecah 7,000?

Sebenarnya beberapa pemimpin BN pernah bertepuk dada dengan kenyataan diorang bahawa negara kita patut berbangga kerana berjaya mengecapi kemerdekaan tanpa pertumpahan darah. Sekarang apa pula? Sejarah telah memadamkan peristiwa di mana beribu-ribu ahli dan penyokong PKM telah digantung mati, dipenjarakan, diseksa dan dibuang negeri.lu orang ade amik kisah pasal ini?

korang masih nak percaya sejarah yang telah diputar belitkan oleh kerajaan semata-mata untuk mendidik pelajar malaysia yang tidak membawa kesan apa-apa pun? haih! celaka!

6 comments:

  1. Good....aku suka semua info kau bagi..
    relax2...
    paling tidak ramai akan baca benda nih dan ramai orang akan tahu...
    thanks bro sudi susah payah jawab soalan aku tu...

    ReplyDelete
  2. bro...cayalah bro...aku link ko...hehehe...

    ReplyDelete
  3. hehe
    aku senyum je walaupun x setuju
    takperlah yang susah org dulu bukan org sekarang kan

    mcm tu ler... hehe

    tapi syukur kita tak jadi negara komunis
    dan semua orang ada hak mengundi dan memilih apa yg mereka suka

    mereka juga ada hak untuk mengumpul kekayaan, belajar dan memajukan diri tidak seperti negara komunis cthnya korea utara dan china

    sejarah telah jadi mcm tu... apa pun syukur chin peng tak berjaya... amin

    ReplyDelete